Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK)

[KPT/JPS[R/143/4/0073]12/23]

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Kelayakan Minima

Lulus SPM dengan 3 Kepujian Mana - Mana Matapelajaran atau Sijil Kolej Komuniti

Tempoh Pengajian

2.5 Tahun (Tempoh Pengajian)
6 Bulan (Latihan Industri)

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, psikologi kanak-kanak, pendekatan pendidikan kanak-kanak, perkembangan fizikal dan sahsiah kanak-kanak, aspek kesihatan, keselamatan dan pemakanan, memahami kanak-kanak istimewa, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga didedahkan dengan pemahaman yang lebih mendalam kepada realiti tempatan, watak moral dan intelektual yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak.

svgImg
Jumlah Graduan Program Ini
0
Bantuan Kewangan atau Pinjaman
PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional & KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Siapa Yang Perlu Ambil Kursus Ini?
Diploma ini sesuai untuk pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Program ini juga akan memberi latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Testimonial Pelajar