PENGERUSI KTAC

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin sebelum ini memegang jawatan penting di Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang pendidikan dan pendidikan tinggi, sebagai guru, pengetua di beberapa buah sekolah dan institusi pengajian serta beberapa jawatan penting di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengalaman dan sumbangannya yang berkesan telah menyumbang kepada kecemerlangan dunia pendidikan Negara. Peranan beliau sebagai Pengurusi  KTAC telah membawa kepada keunggulan dan kemajuan pesat Kolej sebagai peneraju pendidikan tinggi yang berwibawa dan terkenal di Malaysia

PENGARAH URUSAN

Tn Hj Mohamed Ebrahim adalah pengasas Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics pada tahun 1998. Sebelum beliau menceburi bidang pendidikan, beliau berpengalaman dalam pelbagai industri perniagaan termasuk perdagangan, hartanah, restoran dan lain-lain.

Beliau telah menceburi bidang industri pendidikan tinggi sebagai satu bentuk untuk menyumbang balik kepada negara dan masyarakat. Pengurusan beliau telah berjaya menghasilkan operasi yang mampan serta kos efektif dan membolehkan seramai 35,000 pelajar dari seluruh negara untuk menyambung pendidikan ke menara gading.