Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Kelayakan Minima
Lulus SPM dalam 3 Kepujian Mana - Mana Matapelajaran atau Sijil Kolej Komuniti
https://ktac.edu.my/home/wp-content/uploads/2020/02/8-1.png
Tempoh Pengajian
2 Tahun (Tempoh Pengajian)
6 Bulan (Latihan Industri)
Kursus Diploma Pengurusan Pelancongan direka untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi kaunter hadapan, perkhidmatan interpretasi pengunjung, sistem rangkaian global , pelancongan rekreasi, teknik pemandu pelancong, operasi dan pengurusan acara, dan teknologi dalam pelancongan juga ditekankan untuk menyokong pemikiran kreatif.
https://ktac.edu.my/home/wp-content/uploads/2020/02/8-1.png
0
Testimonial Pelajar
Siti Aisah Hamrin
Diploma SyariahAlhamdulillah, saya dapat belajar kursus Diploma Syariah dalam 2 tahun ini. Pembelajaran saya dekat kolej, memang sejiwa dengan saya. Yang paling best sekali, cara pembelajaran memang seronok kerana ada banyak aktiviti di luar kelas dan senang buat kawan. Lecturer pun jenis yang sayang sampai boleh jadi kawan selepas habis belajar. Memang rindu belajar di KTAC.
Ahmad Fauzan
Diploma Hotel & KateringSememangnya belajar di KTAC memuaskan dari segi belajar dan mempunyai pensyarah yang mempunyai latar belakang pengetahuan yang tinggi. Selain itu, di dalam pembelajaran mencapai cita- cita, tidak leka juga dengan aktiviti yang dijalankan, terutama dalam bidang sukan.
Afiq Shahlan
Diploma Aviation ManagementKTAC banyak menawarkan pelbagai bidang yang menarik di kolej dan banyak kemudahan yang sedia ada contohnya bilik kuliah, penginapan yang agak selesa, pensyarah yang banyak berpengalaman mengajar. Manakala, di kolej tersebut mempunyai kenderaan awam seperti bas, teksi dan lain-lain. Saya amat bangga sekali kerana belajar di KTAC dan bagi bidang DAM pula menawarkan peluang akademik dan kerjaya dalam bidang pengurusan & pentadbiran industri penerbangan.
Haslinda
Diploma SyariahSaya dari kursus Diploma Syariah ingin mengucapkan Terima Kasih kepada KTAC kerana dapat belajar sampai tahap Diploma di suasana yang meriah sekali. Kolej selalu adakan pelbagai aktiviti yang mampu memberi mahasiswa merapatkan lagi ukhuwah antara satu sama lain. Tidak terlupa pada pensyarah di Kolej Cybernetics yang sangat supportive dan penyayang.
Mahani
Diploma Awal Kanak - KanakSaya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar di Kolej KTAC. Dalam sempurnakan pendidikan saya dalam kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di KTAC, memang banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat seperti membuat tugasan ke tadika yang dapat merasa bagaimana suasana mengajar kanak – kanak dan merasa bagaimana tanggugjawab seorang guru. Pensyarah di sini juga selalu membantu kami dalam setiap keadaan di dalam kelas atau di luar.