APEL

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Kelayakan Minima

Permohonan APEL.C adalah terbuka untuk semua pelajar yang telah diterima masuk ke KTAC dan telah mematuhi syarat-syarat berikut :

  1. Pemohon telah mendaftar sebagai pelajar KTAC ;
  2. Belum pernah membuat permohonan APEL.C untuk pengalaman terdahulu yang dipohon; dan
  3. Membuat permohonan pindah kredit APEL.C bagi kursus yang belum pernah diambil sahaja.

Pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti proses dan prosedur APEL.C senarai pusat APEL.C, senarai kursus dan maklumat kursus yang menawarkan APEL.C serta borang permohonan daripada Unit APEL.C.

Tempoh Pengajian

4 – 8 minggu
(Bergantung kepada kelengkapan dokumen dan proses penilaian oleh Pakar Bidang)

APEL.C merupakan suatu mekanisme untuk mengiktiraf pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu pelajar yang telah dikenal pasti sebagai relevan dan telah mencapai hasil pembelajaran kursus (HPK) / Course Learning Outcome (CLO) bagi sesuatu kursus.

Dalam erti kata lain, APEL.C membolehkan pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal dan/atau pembelajaran bukan formal dan/atau pembelajaran tidak formal, diberikan kredit dan dipindahkan untuk menggantikan kursus-kursus yang telah disetarakan.

Untuk tujuan pengesahan dan pengiktirafan pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu, pelajar akan disemak dan dinilai oleh Ketua Program dan Pakar Bidang Kursus (Subject Matter Expert – SME) yang dilantik.

svgImg
Jumlah Graduan Program Ini
0
Bantuan Kewangan atau Pinjaman
APEL.C merupakan laluan kemasukan dan pemindahan kredit ke program Diploma di KTAC. Setelah diterima masuk ke program Diploma, pelajar boleh mempertimbangkan pilihan bantuan kewangan atau pembiayaan pendidikan yang tertakluk kepada syarat dan kelayakan pihak berkaitan. Maklumat lanjut berkaitan bantuan kewangan akan dimaklumkan pada peringkat pendaftaran program Diploma.
Siapa Yang Perlu Ambil Kursus Ini?
Individu bekerja yang mempunyai pengalaman industri, calon dewasa yang ingin menyambung pengajian Diploma, Mereka yang tidak melalui laluan akademik konvensional, Individu yang ingin mempercepatkan tempoh pengajian.

Testimonial Pelajar