PENGERUSI KTAC

Tan Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof (P.S.M., S.S.A.P., P.M.W., D.I.M.P., A.M.S) adalah seorang tokoh pendidikan yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013 sehingga 2016 tahun dan beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sehingga tahun 2021. Sebelum dilantik sebagai KPPM, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Pendidikan serta berpengalaman lebih 43 tahun dalam bidang Pendidikan.

PENGARAH URUSAN

Tn Hj Mohamed Ebrahim adalah pengasas Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics pada tahun 1998. Sebelum beliau menceburi bidang pendidikan, beliau berpengalaman dalam pelbagai industri perniagaan termasuk perdagangan, hartanah, restoran dan lain-lain.

Beliau telah menceburi bidang industri pendidikan tinggi sebagai satu bentuk untuk menyumbang balik kepada negara dan masyarakat. Pengurusan beliau telah berjaya menghasilkan operasi yang mampan serta kos efektif dan membolehkan seramai 35,000 pelajar dari seluruh negara untuk menyambung pendidikan ke menara gading.